fbpx

RM15 juta untuk sijil profesional graduan menganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled mempengerusikan persidangan meja bulat bersama Majlis Penasihat Industri Politeknik 2023 (PIAC 2023) di Hotel Sama-sama Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntukkan dana sebanyak RM15 juta bagi memperkenalkan beberapa program sijil profesional khusus bagi graduan yang masih menggangur di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sijil profesional itu penting bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan berkenaan sekali gus membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan

Beliau berkata, sijil profesional itu termasuk berkaitan kemahiran komputer, teknologi maklumat dan sistem pengurusan data.

“KPT akan menawarkan pinjaman kepada graduan tersebut bagi mengikuti sijl profesional berkenaan.

“Ini antara usaha yang kita lakukan bagi meningkatkan kemahiran mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Bersama Majlis Penasihat Industri Politeknik 2023 (PIAC 2023) di sini, hari ini.

Katanya, KPT juga akan memastikan program pengajian yang ditawarkan di setiap universiti juga mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Mohamed Khaled berkata, KPT kini telah membangunkan sistem data yang boleh mendapatkan maklumat dengan jelas mengenai program pengajian yang kebolehpasarannya rendah.

“Kami akan pastikan subjek elektif yang mereka ambil di universiti itu berkait dengan kemahiran seperti sains komputer dan sebagainya.

“Dengan keupayaan kita baca data, ia berupaya untuk kami melakukan penambahbaikan dari segi program pengajian yang ditawarkan di unversiti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 29,000 atau 9.8 peratus daripada 295,962 graduan pada 2022 di negara ini belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI