fbpx

PPAZ, Aster Edu, YEG bantu pelajar tahfiz lanjut pelajaran ke peringkat diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil daripada PPAZ, Aster Edu, YEG pada majlis pemeteraian MoU antara tiga syarikat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pertubuhan Pendidikan Azzahra (PPAZ), Aster Edu Sdn. Bhd. (Aster Edu) dan YEG Academy (YEG) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk menyokong 1,000 pelajar tahfiz melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Kolej Antarabangsa Inovatif.

Timbalan Pengerusi PPAZ, Nurul Amirah Samsudin berkata, usaha itu melibatkan tiga komponen utama, yang mana Aster Edu akan membantu pelajar tahfiz dalam persiapan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menakala PPAZ membantu pengumpulan dana dan penganjuran program.

“Sementara YEG pula membantu kemasukan pelajar ke peringkat diploma berkenaan serta jaminan kerjaya melalui sektor swasta,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Menurut Nurul Amirah, persiapan SPM, ijazah dan kerjaya pelajar tahfiz merupakan visi utama pertubuhan tersebut.

Katanya, antara program yang dijalankan PPAZ adalah Fast-Track SPM, Konvensyen Power Parenting, Program Mencipta Perubahan dari Tempat Belajar dan Program Hala Tuju Pendidikan.

PPAZ ditubuhkan dengan matlamat utama untuk membantu dan membimbing para pelajar tahfiz mendapatkan SPM tanpa perlu membayar sebarang kos.

Selain itu, ia berfungsi sebagai perantara antara Maahad Tahfiz dan penyumbang yang ingin menyumbang untuk pendidikan pelajar tahfiz.

Melalui sokongan sumbangan itu, PPAZ memastikan bahawa pelajar-pelajar tahfiz mendapat akses kepada bimbingan dan bahan pendidikan yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan SPM. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI