fbpx

Lapan fakta tragedi runtuhan gudang di Batu Maung, empat masih tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota bomba menunjukkan lokasi runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, hari ini.

BALIK PULAU – Kejadian runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas di sini pada pukul 9.30 malam tadi mengorbankan tiga buruh binaan warga Bangladesh, manakala empat yang lain dilaporkan masih tertimbus setakat pagi ini.

Berikut antara fakta-fakta yang perlu diketahui di sebalik kejadian yang berlaku:

  • – Kejadian berlaku di tepi Lebuh Raya Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chonhg Eu, Batu Maung, Bayan Lepas.
  • – Lokasi kejadian terletak kira-kira 200 meter dari tempat runtuhan konkrit Jambatan Kedua pada 2013.
  • – Melibatkan bangunan tiga tingkat yang menempatkan ruang pejabat, parkir, gudang dan lain-lain.
  • – Seramai 18 buruh binaan warga Bangladesh berada di lokasi dengan sembilan daripada mereka keluar untuk bersolat sebelum tragedi berlaku.
  • – Bomba melaporkan keluasan runtuhan menyamai sebuah gelanggang bola keranjang.
  • – Runtuhan melibatkan 14 rasuk dan lantai konkrit.
  • – Setiap rasuk dianggarkan sepanjang 12 meter dengan berat 14 tan.
  • – Seramai 80 anggota penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI