fbpx

[KEMASKINI] Runtuhan bangunan: Seorang maut, 5 masih tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa pertama yang disahkan maut dalam kejadian runtuhan di tapak pembinaan bangunan logistik di Batu Maung, di sini.

BALIK PULAU – Seorang pekerja warga Bangladesh disahkan maut, manakala lima lagi warganegara sama masih tertimbus di tapak pembinaan sebuah bangunan logistik di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, malam tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, , Azrul Khairi Abu Bakar berkata, seramai empat mangsa telah berjaya dikeluarkan termasuk seorang yang maut.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut seramai tiga mangsa ditemui keadaan cedera parah.

“Kita sedang berusaha membawa keluar lima daripada sembilan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan terbabit.

“Dalam kejadian itu, seramai 18 pekerja berada di lokasi tapak pembinaan. Namun, sembilan daripada mereka dikatakan keluar bersembahyang manakala sembilan lagi (mangsa) berada di tapak pembinaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai sembilan mangsa dilaporkan terperangkap dalam runtuhan bangunan kira-kira pukul 9.58 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI