fbpx

Runtuhan gudang: Operasi mencari 4 mangsa tertimbus hampir 12 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota bomba menunjukkan lokasi runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, hari ini.

BALIK PULAU – Operasi menyelamat empat buruh binaan yang tertimbus dalam kejadian runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas di sini sudahpun menghampiri tempoh 12 jam pencariannya, sejak pukul 10 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jason H’ng Mooi Lye berkata, pihak bomba masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus.

“Setakat yang saya dimaklumkan masih terdapat empat lagi mangsa dan usaha mencari serta menyelamat mangsa sedang diteruskan.

“Soal-soal berkaitan status projek dan sebagainya akan dimaklumkan dengan lebih lanjut oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP),” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian runtuhan kira-kira pukul 9.58 malam tadi itu, sembilan buruh binaan warga Bangladesh ditimpa 14 rasuk dengan ketinggian 20 meter.

Tiga disahkan maut iaitu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI