fbpx

Bantuan banjir Terengganu tahun ini belum ditentukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto oleh PUQTRA HAIRRY / KOSMO!

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terenggganu mengakui masih belum melunaskan bantuan banjir kepada, baki 17,000 keluarga mangsa banjir musim tengkujuh tahun lalu ekoran masalah peruntukan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat berkata, mereka yang merupakan golongan terjejas banjir tetapi tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sepatutnya menerima bantuan banjir berjumlah RM1,000.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu itu berkata, setakat ini, bantuan sama cuma telah dilunaskan kepada 17,000 ketua isi rumah (KIR) lain yang turut terjejas banjir dan menetap di PPS pada musim tengkujuh lalu.

“Insya-Allah bayaran tertangguh (baki 17,000 KIR mangsa banjir) akan diselesaikan secepat mungkin.

“Ia akan dilunaskan setelah kerajaan negeri (Terengganu) memperolehi bayaran dana (royalti minyak) dari kerajaan Persekutuan,” katanya ketika di temui pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hanafiah memberitahu, bantuan sama buat mangsa banjir tahun ini masih belum dapat diumumkan.

Jelas beliau, pemberian bantuan banjir tersebut amat bergantung kepada status kewangan semasa kerajaan negeri Terengganu.

“Kita hanya akan umum (bantuan mangsa banjir) selepas kerajaan negeri (Terengganu) mempunyai sumber kewangan mencukupi,” – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI