fbpx

35 peratus ahli KWSP umur 54 tahun simpanan kurang RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 35 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan di bawah RM10,000.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata, peratusan itu mewakili kira-kira 94,827 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM246.1 juta.

Malah katanya, ahli KWSP dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta pula mencatatkan peratus terendah dengan dua peratus atau bersamaan dengan 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion.

“Setakat 1 Januari 2023, sebanyak 274,715 ahli KWSP berumur 54 tahun atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP (15.7 juta) dengan jumlah simpanan mereka bagi yang berumur 54 tahun itu adalah sebanyak RM35.72 bilion,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH -Kuala Selangor) mengenai pecahan jumlah simpanan ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada 1 Januari 2023.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI