fbpx

Mayat lelaki dijumpai dalam longkang 1.5 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG -Mayat seorang lelaki ditemui tergantung pada sebatang pokok dalam longkang kawasan Taman Bukit Mewah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam iaitu individu lelaki kira-kira pukul 12.24 tengah hari.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ke tempat kejadian dan mendapati mayat lelaki disyaki warga tempatan dalam keadaan tergantung di tebing longkang dengan kedalaman 1.5 meter.

“Mayat terbabit lengkap berpakaian dengan baju lengan pendek putih dan berseluar pendek paras lutut kelabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, seramai tujuh anggota serta seorang pegawai bomba Kajang hadir membantu mengangkat mayat keluar dari longkang berkenaan.

“Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kajang mengesahkan kematian mangsa lebih kurang 1.45 tengah hari.

“Seterusnya, hasil siasatan awal pasukan Forensik PDRM di tempat kejadian dan keadaan mayat medapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah,”ujarnya.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes,Sarjan Norihan di talian 019-31602024,”pesannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI