fbpx

Polis Kelantan bersama Maik, Jaheaik pantau jenayah di sekolah pondok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menyampaikan sampul raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat IPD Bachok semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Polis Kelantan sudah mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) untuk memantau kegiatan jenayah di sekolah agama atau pondok di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama itu dilakukan dalam usaha mencari jalan untuk mengatasi masalah yang berlaku di pusat pengajian tersebut.

Bagaimanapun, beliau masih percaya kepada sistem yang sedia ada di sekolah pondok dan masalah yang berlaku ketika ini merupakan kes-kes terpencil.

“Saya bersama ketua polis daerah dan ketua balai akan turun ke sekolah-sekolah pondok untuk melihat selain memberi taklimat kepada pelajar supaya mereka faham dan tidak terlibat dengan kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya sebelum ini ada memberi fokus utama kepada masalah dadah dan kesalahan jenayah seksual dalam kalangan pelajar terutamanya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

Katanya, dalam usaha untuk mengatasi kedua-dua masalah itu, pihaknya akan melantik ketua pelajar untuk memberi panduan dan pengetahuan bagi mengawal gejala yang tidak sihat di IPTA.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI