fbpx

Polis kesan kenderaan bawa kepingan besi jatuh di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis masih giat mengesan kenderaan yang dikatakan menyebabkan kepingan besi terjatuh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di Bentong, Pahang kelmarin.

BENTONG – Polis masih giat mengesan kenderaan yang dikatakan menyebabkan kepingan besi terjatuh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, setakat ini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang terkesan akibat kejadian berkenaan.

“Polis masih menjejaki (kenderaan terlibat) dan polis telah merakam percakapan daripada pengadu,” katanya di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan kejadian kebocoran tayar kenderaan akibat terlanggar serpihan besi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) malam kelmarin menggemparkan pengguna lebuh raya berkenaan dan juga penduduk setempat.

Difahamkan kejadian berkenaan melibatkan tiga daerah laluan LPT1 iaitu Bentong, Temerloh dan Maran yang melibatkan lebih 100 buah buah kenderaan yang tersadai di tepi lebuh raya utama ke pantai timur itu.

Bagaimanapun setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai jumlah kenderaan terlibat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd Amirrul Ariff Shamsudin,30, berkata, dia sememangnya berhasrat membuat tuntutan sekiranya mendapat bantuan daripada mana-mana pihak berkenaan.

“Saya telah membuat laporan polis dan bersedia membuat tuntutan tetapi saya tidak tahu cara untuk membuat tuntutan jika berlaku kes seperti ini.

“Kepada siapa tuntutan boleh dibuat, adakah boleh dituntut daripada pihak lebuh raya, kalau dapat ganti kos tayar pun cukuplah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI