fbpx

Kecewa pemimpin dunia bersikap hipokrit isu Palestin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewa dengan keadaan di Palestin ketika ini masih tidak berubah dan terus berlaku kekejaman serta penindasan walaupun telah menyuarakan tentang nilai kemanusiaan kepada ramai pemimpin dunia.

Perdana Menteri berkata, perkembangan mutakhir di Gaza turut dibincangkan semasa lawatan terbaharunya ke Riyadh pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia, namun maklumat yang diterima amat tidak meyakinkan dan menggusarkan semua.

“Sepanjang malam dan hari ini saya merasa sangat terkesan kerana seolah-olah dunia ini menghampakan, (mereka) bicara soal demokrasi, kemanusiaan dan menjadi manusia tinggi tamadunnya dengan menggapai hal-hal tak terbuka sebelumnya dari digital ke AI (kecerdasan buatan).

“Tetapi maruah dan nilai masih hambar, masih tak memuliakan insan, jadi sebab itu nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza, masih belum terjamin. Kita dipaparkan pembunuhan kejam yang berlaku saban hari, ana-anak kecil dan wanita seolah-olah tidak berharga.

“Dengan amanat yang saudara-saudara berikan, saya telah berusaha sedaya-upaya berdepan Presiden Joe Bidden di Amerika Syarikat, Australia dan di Jerman untuk menyatakan (isu Palestin) bukan untuk memanaskan dan mempersulit hubungan dua hala, tetapi menyatakan sikap sebagai seorang manusia,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja 2024 di sini hari ini.

Anwar pada masa turut kecewa tentang sikap kepura-puraan yang ditunjukkan pihak-pihak tertentu untuk menyokong satu pihak namun menghina satu pihak lain.

Beliau meminta agar masyarakat di negara ini mengambil pengajaran itu menerusi masyarakat berbilang kaum dan agama perlu merasai setiap denyut dan kesan yang dihadapi rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI