fbpx

Pelancong India hilang 11 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaik Mohamed Abdul Alif dilaporkan hilang sejak 20 April lalu ketika datang melancong ke ibu negara.

KUALA LUMPUR – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pelancong lelaki warga India yang dilaporkan hilang sejak 20 April lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, laporan kehilangan Shaik Mohamed Abdul Alif, 41, diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 22 April.

“Orang hilang bersabit Dang Wangi Report 6845/24 mempunyai ketinggian 170 sentimeter.

“Pakaian terakhir dipakai adalah baju lengan panjang berwarna kuning cair, bercorak bunga hitam dan berkain sarung berwarna biru.

“Alamat terakhir orang hilang adalah di Hotel M Palace, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26912222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI