fbpx

11 individu ditahan tawar pelaburan palsu di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis telah menahan seramai 11 individu yang dipercayai bergiat aktif mencari mangsa bagi sindiket pelaburan palsu setelah menggempur dua premis di sekitar bandar raya ini yang dijadikan pusat panggilan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, mereka yang ditahan termasuklah dua lelaki tempatan, lapan lelaki dan seorang wanita warga asing yang berusia antara 28 hingga 45 tahun.

Menurut beliau, serbuan di kedua-dua premis berkenaan dijalankan pada pukul 6 petang, Isnin lalu.

“Siasatan mendapati modus operandi digunakan adalah menawarkan pelaburan palsu secara atas talian kepada mangsa daripada luar negara melalui laman sosial seperti Facebook dan Telegram dengan menggunakan mata wang kripto sebagai medium pembayaran pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumar, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan digunakan seperti 41 unit telefon bimbit, enam komputer riba, tiga kad bank, satu unit modem dan serangkai kunci. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI