fbpx

Mangsa banjir Terengganu tinggal 40 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mangsa banjir menerima kit bantuan makanan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di PPS SMK Merchang, Marang semalam.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kini hanya tinggal 40 orang daripada 10 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Tiga daerah yang masih terjejas disebabkan fenomena banjir termenung itu ialah Kuala Terengganu, Setiu dan Dungun.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Terengganu masih mempunyai 25 mangsa daripada enam keluarga yang masih berlindung di SK Atas Tol.

“Seramai sembilan mangsa daripada dua keluarga pula berada di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh, Setiu.

“Satu-satunya PPS di Dungun iaitu SK Tok Kah menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, kesemua 40 mangsa banjir akan dibenarkan pulang selepas kediaman mereka selamat diduduki pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI