fbpx

Warga emas hilang bot sarat durian karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot mangsa yang dijumpai karam di Sungai Kanowit, berhampiran Rumah Panjang Adau Baling, Jalan Bukong Jagoi, Kanowit, pagi tadi.

KANOWIT – Seorang lelaki warga emas hilang manakala seorang lagi berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki mereka yang sarat dengan muatan durian karam di Sungai Kanowit, berhampiran Rumah Panjang Adau Baling, Jalan Bukong Jagoi di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi dan segera menggerakkan anggota ke lokasi.

Menjelas lanjut, beliau berkata berdasarkan keterangan saksi, dia bersama isteri dalam perjalanan balik dari kebun menggunakan bot dan ternampak sebuah bot yang sarat membawa buah durian melintasi mereka.

“Kemudian, mereka (saksi) terdengar jeritan orang meminta tolong dan ternampak sebuah bot yang melintasi mereka telah karam kira-kira 17 meter dari tebing dan 100 meter dari pengkalan Rh. Adau Baling.

“Saksi dan isteri terus bergegas ke bot terbabit dan memberi bantuan, dengan seorang daripada mangsa iaitu penumpang bot berjaya diselamatkan, yang pada ketika itu sedang berpaut pada bot,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa yang selamat iaitu lelaki berusia 55 tahun dari Rh. Penny, Nanga Ulin, Sungai Poi, Kanowit telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, katanya seorang lagi mangsa iaitu lelaki berusia 72 tahun dari Rh. Adau Baling hilang dibawa arus sungai, jadi operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI