fbpx

[VIDEO] Hannah Yeoh gelabah ‘dipaksa’ Misha Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar reaksi Hannah sewaktu Misha meminta beliau menyanyi.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ‘gelabah’ tatkala penyanyi, Misha Omar secara tiba-tiba datang dan duduk di sebelahnya serta menghulurkan mikrofon untuk menyambung nyanyian dalam satu majlis, baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik Hannah pada Instagram serta tular di media sosial, beliau mengakui tidak pandai menyanyi.

“Terkejut saya Misha Omar tiba-tiba berdiri sebelah saya ajak saya nyanyi. Menakutkan kerana saya tak pandai nyanyi.

“Anda boleh lihat saya rayu pada Misha. Saya beritahu suara saya tak keluar,” katanya pada hantaran tersebut.

Menerusi video tersebut, Misha menyanyikan lagu dendangan ratu rock, Ella berjudul ‘Standing In The Eyes Of The World’ pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) temasya Sukan Asia dan Para Asia Hangzhou 2023, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Hannah kelihatan seolah-olah ‘terpaksa’ menyanyikan lagu itu biarpun sekejap berikutan Misha menghulurkan mikrofon kepadanya.

Pada ruangan komen, Misha berterima kasih kerana diberi peluang duduk di sebelah Hannah dan menyanyi di hadapannya serta wira-wira negara yang hadir pada majlis itu.

“Sekurang-kurangnya YB cuba untuk menyanyi bersama saya walaupun sedikit. Ia sangat bermakna kepada penghibur seperti saya apabila VIP sangat ‘sporting’ dan rendah diri untuk terlibat dalam persembahan,” katanya.

Kemudian Hannah membalas komen tersebut bahawa, beliau tiada masalah Misha duduk di sebelahnya, malah sebenarnya beliau sedang ‘tertekan’ melihat lirik di dalam telefon.

“Saya tengah ‘stress’ tengok lirik dalam telefon kerana Misha suruh semua orang Google lirik.

“Lagu Ella pula tu, bukan senang untuk nyanyi. Lirik tak terkeluar langsung daripada mulut, jadi saya pulangkan ‘mic’. Sorry betul tak tahu nyanyi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Yeoh (@hannahyeoh)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI