fbpx

[VIDEO] 50 peratus gaji, Abil belanjakan beli baju ‘shooting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

PETALING JAYA – Atas tuntutan kerja, aktres Nabila Huda sanggup membelanjakan sebahagian daripada bayaran lakonan dengan membeli pakaian serta aksesori bagi keperluan penggambaran.

Kata aktres berusia 38 tahun itu, rutin berkenaan sudah diamalkan sejak 15 tahun lalu, namun bajet persalinan bagi setiap drama atau telefilem dilaburkan bergantung kepada gaji diterima.

“Ini adalah amalan yang saya buat sebagai pelakon sejak 2008. Saya akan belanjakan wang pendapatan dengan membeli pakaian untuk watak dalam televisyen.

“Selalunya saya akan habiskan 50 peratus daripadanya, bergantung kepada jumlah bayaran yang diterima bagi setiap projek. Saya ada bajet sendiri.

“Kalau produksi tak boleh ikut permintaan, saya akan minta mereka carikan pakaian dan saya fokus pada persembahan lakonan sahaja,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Nabila turut berkongsi persiapan sebelum penggambaran dengan menunjukkan kelengkapan yang dibawa ke set.

Pelakon yang kini menjalani penggambaran telefilem Jodoh Geng G itu tidak ketinggalan berkongsi video barangan keperluan yang dibeli untuk watak dalam telefilem terbabit.

Pada masa sama, Nabila atau mesra disapa Abil turut menegaskan tidak meletakkan harga bayaran yang tinggi, sebaliknya lebih berkira dalam soal modal pakaian.

Malah katanya, dia juga bukan kategori pelakon yang menunggu sahaja pihak produksi menyediakan segala keperluan.

“Saya bukan seorang yang ‘demand’ gaji terlampau mahal tapi kedekut nak keluar duit atau mengharapkan semua disediakan pihak produksi mengikut cita rasa sendiri yang lebih kepada peribadi bukan sebab watak dalam drama itu.

“Selain itu saya juga akan buat breakdown konti dan tentukan baju apa yang akan dipakai. Saya pilih dan susun ikut babak.

“Bukan senang nak berlakon drama. Kena berbelanja sikit untuk nampak bagus,” ujarnya yang turut memaklumkan keperluan filem atau platform penstriman berbeza kerana syarikat produksi menyediakan pakaian untuk setiap watak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI