fbpx

Tiga penyamun warga emas diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto tiga suspek yang dikongsikan pihak polis, dari kiri, M. Mohan, R. Raviendran @ Orchard dan S. Lachmianan @ Lachi.

KLANG – Tiga lelaki kini menjadi buruan polis selepas terlibat dalam menyamun pasangan suami isteri warga emas di Taman Chi Liung, di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi pada 18 November lalu, salah seorang daripada mangsa yang berusia 61 tahun, telah diikat kumpulan suspek bersenjatakan parang dan kapak.

Akibat kejadian tersebut, mangsa telah kerugian RM2,000 selepas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa terjaga daripada tidurnya apabila terdengar bunyi ketukan kuat di pintu rumah.

Katanya, sebaik membuka pintu didapati beberapa lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan kapak sebelum mangsa telah diikat pada tangannya dengan suspek mengambil barangan milik mangsa.

“Tidak lama kemudian, suami mangsa yang tiba ke rumah turut disamun suspek. Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata beliau, bertindak maklumat kemudiannya membawa serbuan sebuah rumah di Jalan Hong Huat dan menahan tujuh suspek berusia 24 hingga 45 tahun, selain merampas sejumlah barangan.

Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai sekurang-kurangnya tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Tiga lagi suspek kini diburu yang masing-masing dikenali R. Raviendran @ Orchard Ravi, 51; S. Lachmianan @ Lachi, 44 dan M. Mohan Raj @ Chini Kanna, 39.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI