fbpx

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes khianat dengan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton X50 yang terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat di Jalan Lahat Baru 3, Taman Badrishah dekat Lahat, kelmarin.- IHSAN JBPM

IPOH – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kebakaran sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X50 di Jalan Lahat Baru 3, Taman Badrishah dekat Lahat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dua lelaki berusia 27 dan 44 tahun itu diberkas pada pukul 6.30 petang semalam, di sebuah stesen minyak di Jalan Besar Chemor di sini.

Katanya, dalam tangkapan itu, pihaknya turut membuat rampasan barang kes berupa sebuah kereta jenis Proton Saga BLM, telefon bimbit dan pakaian.

“Semakan lanjut mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 13 dan 20 rekod lampau bersabit kes jenayah dan narkotik manakala hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-dua lelaki warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihak polis telah memperoleh perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga Rabu ini untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Katanya, dengan tertangkapnya suspek, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes khianat dengan api dan baling cat di sekitar Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI