fbpx

Malaysia-Thailand tingkat kerjasama bangunkan sempadan, pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama Srettha meninjau kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dalam lawatan kerjanya ke Sadao, Wilayah Songkhla hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Kerajaan Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk terus menjalinkan kerjasama terutama berkaitan pembangunan di kawasan sempadan, pelancongan dan keselamatan di selatan Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuannya dengan rakan sejawatan dari negara itu, Srettha Thavisin, hari ini membincangkan banyak perkara yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara tersebut.

“Perkara pertama adalah menjamin lalu lintas yang lebih pantas dan selesa untuk rakyat kerana kalau kita lihat bahagian Sadao (Thailand), sebahagiannya lebih cepat dari kita walaupun ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) Bukit Kayu Hitam lebih awal dari Thailand.

“Kedua, yang tertangguh adalah jalan yang harus disiapkan dalam kadar segera tetapi ambil masa sedikit kerana terpaksa sentuh beberapa laluan atau kawasan tentera. Kita terpaksa runding dalam masa singkat dan dalam tempoh dua minggu akan putuskan secara muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Sadao, Wilayah Songkhla di Thailand bersama ICQS Bukit Kayu Hitam di sini bersama Srettha di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pertemuan tersebut juga membincangkan strategi untuk meningkatkan jumlah pelancong ke destinasi menarik di Malaysia.

“Srettha lebih menunjukkan keprihatinan dalam isu pelancongan. Beliau menyatakan bahawa pelancong dari Malaysia (masuk) ke Thailand lebih tinggi berbanding (pelancong) Thailand ke Malaysia.

“Jadi dia (Srettha) arahkan Menteri Pelancongan Thailand adakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan Malaysia supaya kedua-dua negara mendapat faedah iaitu sinergi untuk tingkatkan jumlah pelancong di kedua-dua negara termasuk di selatan Thailand serta di sebelah kita, Langkawi, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan terus ke kawasan lain di selatan,” ujarnya.

Kata beliau, antara langkah yang dicadangkan Srettha adalah memastikan manfaat yang diperoleh daripada kemasukan pelancong ke Phuket, Thailand turut akan diagihkan kepada Langkawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI