fbpx

EPL: Klopp anggap Liverpool lulus ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD menyelamatkan maruah Liverpool apabila meledak gol penyamaan ketika menentang City kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menganggap The Reds 2.0 masih lagi jauh daripada kualiti sebenar, namun mengakui para pemainnya lulus ujian getir ketika mengikat Manchester City 1-1 di Etihad kelmarin.

Keputusan itu menamatkan rentak 23 kemenangan City di laman sendiri dan Liverpool masih berada dalam prestasi terbaik selepas mampu mengelak daripada kekalahan kedua di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sekalipun kedua-dua pasukan masih belum menunjukkan persembahan lebih baik, satu mata diraih kali ini menjadi petanda yang Liverpool masih kekal sebagai pencabar kejuaraan musim ini

“Saya tidak pasti adakah ini ujian sebenar, namun saya fikir kami berjaya lepasi cabaran kali ini. Musim lalu, pemain beraksi bersama untuk tempoh lebih lama daripada skuad sekarang dan kali ini kami sebenarnya tidak mempunyai peluang lebih besar.

“Kali ini kami memiliki peluang tetapi saya tidak bodoh dan jika tanyakan kepada saya siapa yang lebih layak memenangi perlawanan, ia sudah pasti City,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Erling Haaland melengkapkan gol ke 50 dalam Liga Perdana Inggeris untuk meletakkan City di depan, namun Trent Alexander-Arnold muncul wira The Reds selepas menyumbangkan gol penyamaan.

Tiga pemain yang berada dalam kesebelasan utama Liverpool hanya memiliki rehat lebih kurang 72 jam selepas terbabit dengan skuad kebangsaan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di zon Amerika Selatan.

“Ada banyak detik yang saya tidak berpuas hati tetapi kali ini adalah mingg yang sukar, jadi bagaimana kami boleh membuat penilaian sebenar. Pemain kembali dan hanya ada sehari untuk latihan sebelum hadapi perlawanan sukar seperti ini,” ujarnya. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI