fbpx
BRIGHTON melonjak ke kedudukan keenam saingan EPL selepas mencatat kemenangan ke atas Chelsea awal pagi semalam. - AFP

EPL: Brighton masuk senarai ke pentas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRIGHTON – Pengurus Brighton, Fabian Hurzeler menyifatkan anak-anak buahnya menampilkan aksi sempurna ketika membenam Chelsea 3-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex awal pagi semalam.

Tiga gol menerusi Ferdi Kadioglu, Jack Hinshelwood dan Danny Welbeck mencerahkan peluang mereka untuk melayakkan diri ke kancah bola sepak Eropah, termasuk Liga Europa dan Liga Konferens Europa.

Hurzeler menyifatkan kemenangan itu merupakan salah satu perlawanan terbaik yang ditampilkan skuad Seagulls sepanjang saingan musim ini dan berharap ia dapat dikekalkan hingga ke penghujung saingan.

“Satu suasana yang sangat hebat malam ini (semalam) dan ia disebabkan sokongan padu penyokong kami. Semua pemain tahu mereka perlu memberikan segala-galanya di dalam padang dan berjaya melakukannya.

“Harapan saya hanya untuk melihat pasukan bermain dengan sepenuh tenaga kerana kami mahu mencapai sesuatu musim ini. Aksi seperti ini juga berjaya menghubungkan kami dengan semua penyokong,” katanya.

Sementara itu, beliau juga percaya anak-anak buahnya sudah menunjukkan aksi bertahan yang sangat baik, terutamanya di separuh masa kedua sehingga menyebabkan Chelsea gagal melakukan sebarang percubaan tepat.

“Bagi saya, aksi kami sangat baik sama ada ketika memegang bola ataupun tidak. Kami juga bertahan sangat baik walaupun ada ketika Chelsea hampir untuk mengancam benteng pertahanan kami,” ujar Hurzeler. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN