fbpx

Besut pulih banjir, mangsa Terengganu tinggal 55 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk membersihkan rumah yang baru pulih daripada banjir di Taman Sri Intan, Besut hari ini.

KEMAMAN – Situasi banjir di Terengganu semakin surut dengan hanya 55 mangsa daripada 13 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini hari ini.

Hanya tiga daerah yang masih terjejas iaitu Kuala Terengganu, Dungun dan Setiu.

Besut pula menjadi daerah terbaharu pulih daripada banjir dengan 112 mangsa daripada 25 keluarga yang sebelum ini berada di PPS SK Kuala Besut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Terengganu masih mempunyai 40 mangsa daripada sembilan keluarga yang berada di PPS SK Atas Tol.

“Seramai enam mangsa daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Tok Kah, Dungun.

“PPS SK Kampung Rhu Sepuluh yang menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga pula di Setiu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI