fbpx

Sport rim Kawasaki AR125 lama cecah harga lebih RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sport rim Kawasaki AR125.

PETALING JAYA – Mungkin ramai lagi yang tidak mengetahui berkenaan harga satu jenama sport rim lama dari sebuah motosikal Kawasaki AR125 yang menjadi kegilaan kaki motosikal selama ini.

Kawasaki AR125 yang dijual sekitar tahun 1980 dan telah mencecah usia lebih 40 tahun itu sememangnya sukar untuk dicari ketika ini, bukan sahaja motosikal malah sport rim dari jenama itu juga menjadi buruan.

Difahamkan harga sport rim tersebut jika 10 tahun sebelum ini hanya mencecah RM3,000 namun ketika ini ia boleh mencecah sehingga lebih RM10,000 malah ada yang mencecah RM20,000.

Ada juga dakwaan yang menyatakan semakin lama dan lusuh sport rim itu, maka harganya juga semakin tinggi.

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman jualan secara atas talian antaranya di Marketplaces aplikasi Facebook menunjukkan harga sport rim tersebut telah mencecah lebih RM10,000 sepasang.

Rata-rata pengguna ketika ini sibuk mencari barang berharga tersebut dan ada juga yang ingin menyimpannya agar boleh dijual dengan harga lagi tinggi di masa hadapan.

“Aku nak cuba cari dalam stor ayah aku di belakang rumah, rasanya dulu masa muda dia pernah pakai motosikal Kawasaki ni, kalau ada memang harta paling berharga sekarang,” kata Mohd Fuyeh Faris.

“Mana nak cari sport rim ni, patutlah harga mahal nak cari pun susah. Ini kalau ada dulu pun dah jual besi buruk dah,” kata Amirul Asyraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI