fbpx

Semua dearah terjejas banjir kecuali Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan Dewan Sivik Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini meningkat sedikit kepada 621 mangsa daripada 147 keluarga.

Setiu yang sebelum ini telah surut banjir sebelum ini kembali dilanda bah menjadikan tujuh daerah di negeri ini terjejas kecuali Hulu Terengganu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebanyak tiga PPS yang menempatkan 14 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Setiu.

Beliau berkata, Kuala Terengganu kekal daerah paling terjejas dengan 232 mangsa daripada 61 keluarga berada di dua PPS.

“Satu-satunya PPS yang beroperasi di Besut iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut pula kini dihuni 196 mangsa daripada 43 keluarga.

“Seramai 69 mangsa daripada 15 keluarga pula berada di dua PPS di Marang,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Dungun pula mempunyai 62 mangsa daripada 15 keluarga yang berada di PPS SK Tok Kah.

Tambah beliau, seramai 15 mangsa daripada, empat keluarga pula berada di PPS Dewan Sivik Kampung Labohan Kerteh.

“Begitupun, kita menjangkakan beberapa PPS mungkin akan ditutup semula tidak lama lagi memandangkan cuaca diramal baik hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI