fbpx

Penyokong Perak, Selangor bergaduh, remaja antara 23 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penyokong yang mendapat rawatan akibat kecederaan di kepala selepas dipukul di luar di stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 23 individu termasuk remaja ditahan disyaki terlibat pergaduhan antara penyokong pasukan bola sepak Perak FC dan Selangor FC di stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, sepasukan polis bertindak menahan dua bas yang dipercayai membawa penyokong pasukan bola sepak Perak.

“Hasil pemeriksaan, polis menahan 23 orang disyaki terbabit kejadian memukul lima penyokong pasukan Selangor yang berlaku beberapa minit sebelum itu. Salah seorang mangsa mengalami kecederaan patah tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hussein, siasatan mendapati kumpulan itu turut disyaki merosakkan empat kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir bersebelahan stadium.

Katanya, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 29 November untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama serta Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semalam, tular di media sosial pergaduhan sekumpulan individu di Stadium MBPJ pada perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC.

Dalam video tular tersebut turut memaparkan sebuah kereta mengalami kerosakan dipercayai dikhianat sewaktu pergaduhan berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI