fbpx

KPM perkasa perlaksanaan projek pembangunan semula sekolah daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah dan tindakan segera bagi memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

KPM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu berikutan pihaknya mengambil perhatian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berkenaan prestasi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi tahun 2022.

Katanya, langkah diambil termasuk peluasan skop projek kepada semua bangunan dan fasiliti serta penggunaan skor gred impak (skala 1 hingga 7) bagi menentukan senarai keutamaan pelaksanaan projek penggantian bangunan atau fasiliti yang berada pada Skala 7 dan Skala 6.

“Pada tahun 2023, Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah ditubuhkan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan produktiviti sektor awam.

“Projek Pembinaan Sekolah Daif merupakan salah satu inisiatif STAR bagi menambah baik serta memantapkan proses pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah, seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan berkualiti,” katanya tadi.

KPM berkata, pihaknya juga turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras isu pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status semasa projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI.

“Langkah proaktif kerajaan menunjukkan hasil yang positif di mana setakat November 2023, sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya.

“Manakala 120 projek dalam pembinaan dan baki 187 projek lagi berada dalam pelbagai peringkat prabina,” katanya.

Ujarnya, KPM komited untuk terus memperkasakan pengurusan dan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif demi manfaat seluruh masyarakat, terutamanya warga sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI