fbpx

Penunggang R15 parah terperosok bawah Perodua Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang R15 cedera parah di muka akibat selepas tersepit bawah kereta Perodua Alza. - IHSAN BOMBA

KAJANG – Pemandu Perodua Alza tergamak melarikan diri dengan membiarkan penunggang motosikal R15 parah selepas terperosok bawah kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Nahas dua kenderaan itu berlaku di kawasan stesen minyak Jalan Semenyih, di sini, hari ini.

Pengarah Jambatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 12.39 tengah hari tadi.

Menurutnya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Nahas melibatkan Perodua Alza dan motosikal R15. Pemandu Perodua Alza melanggar penunggang motosikal sehingga menyebabkan mangsa tersepit di bawah MPV tersebut.

“Pemandu tempatan berusia 48 tahun dipercayai melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang berusia 45 tahun berjaya dibawa keluar anggota bomba dan mengalami kecederaan parah pada bahagian muka.

“Mangsa yang merupakan warga tempatan dihantar ke Hospital Kajang di sini untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI