fbpx

Mangsa banjir Terengganu menurun 486 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menyedut keluar air dengan menggunakan pam di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu yang masuk hari keenam hari ini semakin memulih dengan mangsa terjejas sudah berkurangan 486 orang daripada 123 keluarga.

Sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Terengganu kekal daerah paling terjejas dengan 273 mangsa daripada 73 keluarga masih ditempaatkan di dua PPS.

“Seramai 124 mangsa daripada 31 keluarga masih berada di tiga PPS di Marang.

“Tiga PPS masih dibuka di Kuala Nerus dengan menempatkan 62 mangsa daripada 13 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Besut pula masih mempunyai 27 mangsa daripada enam keluarga yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut.

Beliau berkata, penurunan mangsa banjir terjejas tersebut ekoran banyak PPS ditutup semalam kerana cuaca semakin baik sepanjang hari.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan penduduk setempat agar terus berhati-hati kerana Jabatan Metereologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di seluruh negeri ini sehingga esok.

“Sekiranya luruan hujan lebat ini bertembung dengan fenonema air pasang besar, kawasan-kawasan rendah berisiko untuk ditenggelami banjir semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI