fbpx

Nadeera lantik pengurus baharu, ikut jejak Aina Abdul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Nadeera kini mempunyai pengurus baharu yang akan menguruskan kegiatan seninya.

KUALA LUMPUR – “Situasi saya dan pengurus lama agak ‘complicated’ (rumit).

Demikian kenyataan penyanyi Nadeera mengenai statusnya bersama pengurus yang mengendalikan kerjaya seninya sebelum ini, Zizi Hadid.

Namun begitu, pelantun lagu Emas itu bertindak melantik pengurus baharu bernama Acap walaupun secara hitam putih, kerjayanya masih lagi diselia pengurus lamanya.

“Saya masih lagi diuruskan pengurus sama cuma jika ada apa-apa urusan membabitkan karier boleh saja hubungi nombor yang tertera dalam Instagram.

“Pemilik nombor tersebut ialah Acap iaitu pengurus baharu saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online usai Konsert Patah Hati 2.0 di sini, semalam.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Farah Nadeera Zaini, 30, memaklumkan agar mana-mana pihak menghubungi nombor yang tertera dalam Instagram jika mempunyai sebarang urusan.

Perkara tersebut menjadi tanda tanya mengenai hubungan Nadeera bersama pengurus Zizi yang sebelum ini pernah menguruskan kerjaya seni Aina Abdul.

Nadeera juga dikatakan pernah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa melakukan jenayah pecah amanah.

Bagaimanapun menerusi kenyataan rasmi, Nadeera menafikan semua tuduhan yang disebarkan, sekali gus mempertahankan Zizi daripada sebarang tuduhan tidak berasas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI