fbpx

Kuantan trending di X, gara-gara Jujutsu Kaisen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watak Kento Nanami ketika menyebut perkataan Kuantan pada episod terbaru Jujutsu Kaisen. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Nama ‘Kuantan’ tiba-tiba trending di aplikasi X selepas episod terbaharu anime Jujutsu Kaisen yang dikeluarkan minggu ini ada menyebut nama daerah di negeri Pahang itu.

Difahamkan nama daerah tersebut telah disebut oleh watak Nanami Kento yang dimainkan di dalam episod 42 Jujutsu Kaisen (musim kedua) ditayang pada platform Netflix.

Menerusi episod terbaharu yang ditayangkan hari ini, Kento ada menyebut yang dia ingin melawat Kuantan di Malaysia atau lokasi tepatnya iaitu pantai di Kuantan sebelum kematiannya.

“Malaysia, ya Malaysia. Saya patut pergi ke Kuantan. Saya akan bina rumah di pantai yang kosong,” antara dialog disampaikan oleh Kento dimainkan oleh pelakon suara popular Jepun, Kenjiro Tsuda.

Dalam episod itu juga, Kento memberitahu mahu membaca buku-buku yang telah dibeli, namun belum pernah dibaca yang mana ia menimbun tinggi seperti gunung.

Terdahulu, episod tersebut bermula dengan Kento yang penuh luka di badan merayau di stesen Shibuya selepas terselamat daripada pertempuran dengan musuh iaitu ‘curse spirit’.

Bagaimanapun, dia tetap sedaya upaya melawan musuh-musuh tersebut yang akhirnya dia terkorban di dalam pertempuran itu.

Episod terbaharu itu mengundang sebak dalam kalangan peminat Jujutsu Kaisen dan pelbagai reaksi turut dimuat naik menerusi media sosial, lebih-lebih lagi watak Kento antara yang paling disukai peminat anime tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI