fbpx

Sekolah agama di P. Pinang pula terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Sebuah sekolah menengah agama di Jalan Pokok Machang, Tasek Gelugor dekat sini membuat laporan polis selepas menerima ancaman bom menerusi emel.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihak polis menerima satu lagi laporan polis ancaman bom menerusi emel dari guru sebuah sekolah di Tasek Gelugor pada pukul 1.55 tengah hari tadi.

”Sekolah itu menerima e-mel ancaman bom tersebut pada Selasa lalu namun hanya menyedari menyedari emel tersebut hari ini.

“Berdasarkan maklumat emel ini adalah dari pengirim yang sama dengan mereka yang menerima emel pada Selasa,” katanya di sini, hari ini.

Laporan polis yang dibuat sekolah menengah agama itu menjadikan empat buah sekolah termasuk tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis menerima sebanyak 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara setakat pukul 2 petang semalam.

Lapirsn polis tersebut melibatkan 28 sekolah antarabangsa, tujuh sekolah swasta dan dua sekolah kerajaan serta PDRM telah membuka sembilan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 15 laporan polis, diikuti Kuala Lumpur sebanyak enam, Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI