fbpx

NGO gesa siasatan segera terhadap syarikat pengendali umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamudin bersama Musa serta puluhan bakal jemaah yang didakwa ditipu agensi pengendali umrah pada sidang akhbar di sini hari ini.

PETALING JAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa pihak polis menyiasat segera sebuah syarikat pengendali umrah.

Ia selepas kes penipuan melibatkan bakal jemaah umrah kendalian syarikat itu diklafikasikan sebagai ROA (refer other agency atau rujuk kepada agensi lain) untuk tindakan lanjut.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, syarikat itu didakwa telah memperdaya ribuan bakal jemaah umrah melibatkan anggaran kerugian RM48 juta.

Katanya, di MHO sahaja kira-kira 123 orang mangsa tampil membuat aduan setakat hari ini melibatkan kerugian kira-kira RM1.3 juta.

“MHO hairan kenapa kes ini diklafikasikan sebagai ROA, sepatutnya syarikat ini perlu disiasat mengikut Seksyen 415 dan 420 Kanun Keseksaan.

“Untuk makluman, sebelum datang mengadu kepada MHO, mangsa-mangsa juga telah pergi membuat aduan, tetapi, kenapa semua aduan tersebut jadi ROA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama puluhan mangsa penipuan syarikat tersebut, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Penasihat MHO, Tan Sri Musa Hassan.

Mengulas lanjut, Hishamudin berkata, pihaknya juga mahu pihak polis menyiasat ke mana wang mangsa ‘menghilang’ selepas pelbagai janji ditabur termasuk cek dan jadual penerbangan semula yang dibatalkan beberapa kali oleh syarikat itu.

“Kita (MHO) mahu pihak polis siasat syarikat ini kerana sehingga kini semua janji yang ditabur kepada mangsa tidak ditunaikan.

“Konon bagi cek untuk pampasan, tetapi apabila sampai tarikh nak tunaikan cek, cek tersebut dibatalkan. Buat penjadualan penerbangan semula, tetapi tiba tarikh nak terbang, tiada pun penerbangan disediakan.

“Jadi MHO nak tahu ke mana duit semua mangsa ini telah digunakan?” soalnya.

Dalam pada itu, Musa berkata, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas Ketua Polis Negara, apabila sesuatu laporan itu ada unsur jenayah, pihak polis perlu buka siasatan terus.

“ROA ini lain, kalau ada melibatkan lesen-lesen itu lain. Jadi pihak polis akan memberitahu kepada agensi yang mengeluarkan lesen untuk mengambil tindakan.

“Tetapi kalau didapati ada unsur jenayah, maka polis perlu siasat terus, tidak boleh ada ROA,” jelasnya.

Sementara itu, seorang guru, Che Roni Mat, 56, memberitahu, dia bersama lapan lagi ahli keluarganya rugi lebih RM77,000 dengan syarikat pengendali umrah tersebut.

“Sebelum ini, saya percaya kepada syarikat ini dan sebab itu kami sekeluarga daftar untuk menunaikan umrah pada 2019.

“Tetapi ketika itu negara dilanda Covid-19, syarikat beritahu penerbangan kami terpaksa ditangguh kepada 2022. Tetapi, penantian kami sehingga kini nampaknya hampa, beberapa kali dijadual semula tetapi tidak juga kami sampai ke Tanah Suci,” luahnya sedih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI