fbpx

Konflik Palestin-Israel: Gaza tempat paling bahaya untuk kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota paramedik menyelamatkan seorang kanak-kanak Palestin di Rafah, selatan Gaza semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Lebih 5,300 kanak-kanak Palestin terbunuh akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut menggelar wilayah itu tempat paling berbahaya di dunia untuk kanak-kanak, lapor agensi berita Anadolu.

“Lebih 5,300 kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh hanya dalam tempoh 46 hari atau lebih 115 orang maut setiap hari selama beberapa minggu. Berdasarkan angka ini, kanak-kanak menyumbang 40 peratus angka korban di Gaza. 

“Dalam erti kata lain, Semenanjung Gaza adalah tempat paling berbahaya di dunia untuk kanak-kanak,” kata Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Catherine Russell semasa taklimat Majlis Keselamatan PBB mengenai perlindungan kanak-kanak di Gaza.

Russell berkata, kanak-kanak di Gaza mengalami ‘risiko melampau’ dan hidup dalam keadaan yang amat buruk ditambah dengan ancaman bom, roket serta tembakan.

“Impak keganasan terhadap kanak-kanak ialah satu malapetaka,” katanya sambil menegaskan bahawa jeda kemanusiaan ‘semata-mata adalah tidak mencukupi’.

Justeru, UNICEF menyeru gencatan kemanusiaan penuh untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai pada kadar segera.

“Kami bimbang peningkatan operasi ketenteraan di selatan Gaza secara eksponen akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan di sana, menyebabkan perpindahan tambahan dan menghimpit orang awam ke kawasan lebih kecil. Serangan ke atas selatan Gaza mesti dielakkan,” jelasnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI