fbpx

Konflik Palestin-Israel: Gaza diancam wabak penyakit bawaan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Palestin mengutip botol air minuman di sempadan Rafah pada 20 November lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Ketua kumpulan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza memberi amaran bahawa wilayah Palestin itu berisiko menghadapi wabak penyakit bawaan air, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, kes penyakit kulit kini melonjak dalam kalangan penduduk Gaza. 

Menurut Lazzarini, berita tersebut tidak mengejutkan memandangkan keadaan persekitaran yang tidak bersih di Semenanjung Gaza..

Lazzarini menyifatkan bahawa keadaan semasa bagi kebanyakan pelarian sebagai ‘terdesak’ kerana Gaza hanya menerima 10 peratus bekalan makanan yang diperlukan pada setiap hari. 

Penutupan sistem air pula menyebabkan kebanyakan penduduk Palestin minum air yang tercemar.

Dalam pada itu, Program Makanan Sedunia PBB (WFP) melaporkan bahawa masalah dehidrasi dan kekurangan zat makanan juga semakin meningkat dalam kalangan pelarian Gaza.

“Perkhidmatan sanitasi yang lemah dan penggunaan air kumbahan yang tercemar semasa perang meningkatkan kebimbangan penyebaran penyakit bawaan air dan boleh mencetuskan wabak.

“Terdapat  patogen yang boleh disebarkan melalui pengambilan air tercemar seperti taun, disentri, kepialu, polio dan virus hepatitis A yang boleh menyebabkan penyakit serius dan juga kematian.

“Jika orang awam tidak mati dalam serangan roket, mereka mungkin mati kerana minum air tercemar,” kata Pensyarah penyakit berjangkit dan genomik di Universiti Westminster, Dr. Manal Mohammed. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI