fbpx

Curi di Shah Alam, tangkap di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV di premis cuci kenderaan itu.

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang tular melarikan kereta di sebuah premis cuci kenderaan di daerah ini, Isnin lalu berjaya dicekup polis di Kedah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penahanan lelaki berusia 26 tahun itu dilakukan hasil laporan mangsa yang juga pemilik Honda City Hatchback tersebut.

Katanya, siasatan mendapati mangsa menyerahkan kunci keretanya kepada suspek yang disangka salah seorang pekerja premis berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan di sekitar Pokok Sena, Kedah, pukul 6.10 pagi tadi. Turut dirampas, kereta Honda berkenaan yang dilarikan ketika kejadian,” katanya malam ini.

Tambah Mohd. Iqbal, suspek yang juga penganggur didapati positif dadah jenis methampethamine selain memiliki dua rekod lampau kes dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 012-3848103 atau balai polis berdekatan bagi tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI