fbpx

Bangun kawasan industri baharu di Melaka selari NIMP 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL (kanan) bersama Ab. Rauf pada Mesyuarat JBI Dengan Kerajaan Negeri di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM

MELAKA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap tiga kawasan perundustrian baharu yang akan dibangunkan di negeri ini selari dengan dasar Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penyelerasan itu penting bagi membawa perubahan positif kepada sektor perindustrian di Melaka.

Kata beliau, ia juga mematuhi Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Industri Nasional (i-ESG) dalam membantu momentum peralihan negara kepada kemampanan dan pencapaian sifar pelepasan bersih karbon.

“Salah satu pembentangan MITI semasa mesyuarat tadi adalah mengenai NIMP 2030 iaitu bagaimana dasar baharu ini diselaraskan dengan keperluan pembangunan perindustrian Melaka bagi meningkatkan pertumbuhan industri dan menambahbaik ekosistem pelaburan.

“Pembentangan mengenai NIMP ini bersesuaian dengan cadangan diketengahkan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan perindustrian baharu di MCORP Hi-Tech Park, German Industrial Park dan Elkay Industrial Park Fasa 2 (ELKAY 2) serta mengiktiraf Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) sebagai Koridor Wilayah Ekonomi Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI