fbpx

Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dapat ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis menjalankan siasatan mengesan unsur-unsur letupan di setiap blok dalam dan luar bangunan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, di sini, malam tadi. - IHSAN POLIS

REMBAU – Sekolah Tinggi Islam As-Sofa antara institusi pendidikan yang menerima ancaman bom palsu di negara ini semalam.

Difahamkan, kesemua penghuni sekolah yang terdiri daripada kira-kira 539 pelajar sekolah dan 47 orang guru sekolah telah mengosongkan kawasan sekolah dan berkumpul di luar kawasan sekolah sementara siasatan djalankan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, ancaman tersebut diterima daripada akaun email milik sekolah bahawa terdapat satu bahan letupan yang telah ditanam di sekitar sekolah tersebut pagi semalam.

“Sebaik sahaja menerima email ancaman tersebut, polis dengan kerjasama pihak bomba telah bertindak meminta pihak sekolah mengosongkan premis sementara siasatan sedang dijalankan.

“Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan meneruskan mencari unsur-unsur letupan di setiap blok dalam dan luar bangunan sekolah namun tiada sebarang bentuk letupan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan secara terperinci, kita mengisytiharkan kawasan tersebut selamat dan mengarahkan pelajar untuk masuk ke asrama masing-masing,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI