fbpx

KKM jamin akan bentang RUU berkenaan produk rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan sebelum selesai persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sehingga 30 November ini.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ini adalah bagi menangani isu kelompongan terhadap gel nikotin yang telah dikecualikan daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952, pada April lepas.

“Rang undang-undang ini penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok yang telah dibuktikan secara saintifik akan memudaratkan kesihatan.

“KKM akan membentangkan pindaan cadangan rang undang-undang itu dengan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan Peguam Negara untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok.

Fasal 13 dan 14 rang undang-undang itu, merujuk kepada larangan penjualan produk atau bahan merokok, pengganti tembakau atau peranti merokok kepada individu yang lahir mulai 1 Jan 2007 (Generasi Penamat – GEG), selain larangan individu GEG membeli produk rokok atau tembakau di bawah fasal sama.

Sebelum ini Rang undang-undang berkenaan pernah dibentangkan bagi bacaan pertama pada 27 Julai tahun lepas oleh Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI