fbpx

Budak 10, 11 tahun ditahan tunggang motosikal 400 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA budak menunggang sebuah motosikal dari Madura ke Jakarta ditahan di Balai Polis Tengaran kelmarin. - Foto IST

JAKARTA – Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun ditahan polis selepas menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer (km) dengan menunggang motosikal, lapor laman berita Tribun Trends hari ini.

Kedua-dua budak lelaki itu dikatakan mahu pergi ke Jakarta dari Penggarengan, Madura untuk menemui seorang rakan.

Mereka menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan hanya membawa wang sebanyak 100,000 rupiah (RM30.30) yang dipinjam daripada jiran untuk membeli minyak petrol serta makanan.

Mereka bertolak dari Madura pada Ahad lalu tetapi ditangkap polis kelmarin ketika tiba di Tengaran, Semarang sebelum dibawa ke Balai Polis Tengaran.

Ketua Polis Tengaran, Supeno berkata, kedua-dua budak tersebut telah menempuh perjalanan sepanjang sekitar 400 km dengan menggunakan motosikal Honda Beat.

Mereka diminta memberikan keterangan sebelum dijamu dengan makanan.

Tambah Supeno, hasil soal siasat mendapati kedua-dua budak tersebut mahu pergi ke Jakarta tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa masing-masing.

Polis kemudian menghubungi keluarga mereka sebelum kanak-kanak berkenaan dibenarkan dibawa pulang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI