fbpx

Banjir: Penduduk lepaskan 40 lembu di kawasan tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 40 ekor lembu penduduk yang dilepaskan berkeliaran di kawasan tepi Pantai Dalam Rhu, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Penduduk di Kampung Pachakan di sini tiada pilihan lain apabila terpaksa melepaskan 40 ekor lembu ternakan mereka di kawasan berhampiran Pantai Dalam Rhu dan Pantai Semerak bagi mengelakkan haiwan tersebut mati semasa musim banjir.

Mohamed Abdullah, 50, berkata, langkah itu dilakukan kerana tiada kawasan yang selamat di sekitar rumah penduduk yang boleh untuk menambat lembu.

“Lembu-lembu penduduk kampung dibiarkan bebas dan tidak ditambat buat sementara waktu. Kami hanya mampu berdoa agar haiwan-haiwan itu selamat dan mampu mencari makanan sendiri.

“Penduduk khuatir lembu akan hilang dicuri sekiranya ditambat di lokasi tertentu. Jadi, kami berpakat untuk membiarkan ia dilepas bebas dalam kumpulan,” katanya.

Tinjauan Kosmo! mendapati, keadaan banjir di sekitar Kampung Pachakan di sini semakin pulih selepas hujan berhenti dan cuaca semakin cerah hari ini.

Sementara itu, Sekreteriat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, seramai 409 penduduk daripada 105 buah keluarga di tiga daerah di negeri ini dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka terjejas banjir setakat pukul 12 tengah hari tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI