fbpx

Banjir Terengganu, 22 sekolah ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru menyelamatkan peralatan pembelajaran selepas bilik darjah dinaiki banjir di SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 22 sekolah di empat daerah di Terengganu terpaksa ditutup sementara, ekoran dinaiki banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) (Sektor Pengurusan Sekolah) Terengganu, Azman Othman @ Abdullah berkata, ia merangkumi 13 sekolah yang dinaiki air manakala sembilan lagi dijadikan PPS.

Beliau berkata, 10 sekolah yang dinaiki banjir di bandar raya ini adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong, SK Bukit Bayas, SK Kampung Bukit Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik.

“Selain itu SK Bukit Puteri di Besut, SMK Padang Kemunting (Kuala Nerus) dan SMK Intan Zaharah (Dungun) juga dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azman berkata, empat sekolah yang dijadikan PPS di bandar raya ini pula ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek.

Beliau berkata, empat sekolah di Kuala Nerus pula dijadikan PPS iaitu SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal, manakala di Marang hanya melibatkan SK Bukit Gasing,” katanya.

“JPNT mengesyorkan sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir agar mengambil cuti bencana. Begitu juga dengan sekolah dijadikan PPS yang menempatkan ramai mangsa banjir dan melibatkan penggunaan banyak bilik darjah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI