fbpx

Pelajar tingkatan 5 terkena tumpahan merkuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hazmat ketika melakukan kerja-kerja nyah cemar 'decontamination' merkuri di dalam makmal sains SMKJK(C) Sacred Heart, Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Seorang pelajar tingkatan lima terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terkena tumpahan merkuri daripada termometer yang pecah di dalam makmal Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Sacred Heart di sini, pagi tadi.

Pelajar lelaki terbabit dikatakan terlebih dahulu dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP) dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum kehadiran pasukan bomba ke lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.18 pagi dan operasi menyelamat dilakukan dengan bantuan pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat ) Bayan Baru.

“Berlaku tumpahan merkuri dalam kuantiti yang sedikit daripada termometer yang pecah di atas meja makmal sekolah berkenaan.

“Dalam kejadian itu, terdapat seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan telah tersentuh bahan kimia tersebut dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Tindakan pihak bomba adalah dengan membuat ‘size up’ dan pengungsian di kawasan tersebut. Seterusnya, pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyah cemar ‘decontamination’ merkuri tersebut di dalam makmal,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.43 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI