fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri pada pagi ini susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 11 pagi nanti.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, cuaca buruk itu tertumpu sekitara Mersing, Johor.

Selain itu, di Sarawak melibatkan Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Marudi) dan Limbang, manakala bagi negeri Sabah pula berisiko sekitar Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) .

“Hujan lebat berserta ribut petir juga dilporkan melanda sekitar Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini.

“Bagaimanapun, MetMalaysia memberitahu amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI