fbpx

Konflik Palestin-Israel: Tentera Zionis arah kosongkan Hospital Al-Shifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang diliputi debu bergegas membawa anaknya ke hospital di selatan Semenanjung Gaza pada 15 November lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel mengarahkan Hospital Al-Shifa dikosongkan ‘pada jam berikutnya’ melalui corong-corong pembesar suara hari ini, kata seorang wartawan AFP di lokasi kejadian.

Hospital Al-Shifa yang merupakan hospital terbesar di Semenanjung Gaza, menjadi tumpuan ketika perang Israel-Hamas memasuki minggu ketujuh selepas serangan ke atas selatan Israel pada 7 Oktober lalu.

Israel mendakwa terdapat pangkalan Hamas di bawah bangunan hospital berkenaan, namun tuduhan itu dinafikan Hamas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan terdapat 2,300 kakitangan dan orang awam Palestin yang berlindung di Hospital al-Shifa sebelum serbuan askar Israel pada Rabu lepas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI