fbpx

Kerani maut digilis lori selepas langgar lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Meru, Klang, pagi tadi.

KLANG – Seorang kerani maut dalam keadaan menyayat hati apabila digilis lori selepas terjatuh terlanggar lubang di Batu 5, Jalan Meru di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 37 tahun berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Puncak Alam ke tempat kerjanya di Pelabuhan Utara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS 150R dipercayai memotong sebuah lori di lokasi kejadian sebelum melanggar lubang di lokasi tersebut.

“Mangsa kemudiannya tercampak ke atas jalan dan digilis lori tersebut. Keadaan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Tambah Mohd. Khairi, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulkanain Johari di talian 019-5597107.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI