fbpx

TNB, Orang Asli jaga populasi ikan di Royal Belum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Iskandar Dzulkarnain berkenan merasmikan AKEKCHEP di Sungai Tiang, Taman Negeri Royal Belum, Gerik semalam.

GERIK – Dalam melaksanakan pengurusan kawasan tadahan Tasik Temengor, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menjalankan inisiatif ‘Akekchep’ bagi menjaga biodiversiti alam semula jadi di Taman Negeri Royal Belum di sini.

Menurut TNB, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah selaku Penaung Diraja Perbadanan Taman Negeri Perak telah mengilhamkan inisiatif santuari ikan kelah perintis yang diusahakan bersama penduduk kampung Orang Asli di Sungai Tiang.

Idea itu adalah kesinambungan daripada hasil kajian Fasa 1 yang menyediakan pelan pengurusan tadahan dan sumber asli dalam Taman Negeri Royal Belum iaitu sira haiwan, rafflesia serta penjagaan ikan kelah untuk menambahbaik ekosistem hutan tersebut.

Menerusi projek tersebut, TNB melatih komuniti Orang Asli menjaga populasi ikan dengan membentuk santuari bernama Akekchep, itu bermaksud jangan (Akek) dan tangkap (Chep) dalam bahasa Orang Asli Suku Jahai.

“Sistem Akekchep ini turut diselaras dengan panduan Pelan Pengurusan Taman Negeri Royal Belum. Menerusi sistem Akekchep ini, penduduk kampung masih boleh mengamal cara hidup mereka iaitu menangkap ikan secara terkawal di dalam zon yang dibenarkan dan penerimaan pelawat juga dibuka untuk orang awam,” jelas TNB.

Majlis perasmian Akekchep di Sungai Tiang, Taman Negeri Royal Belum telah disempurnakan oleh Raja Iskandar Dzulkarnain semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI