fbpx

Taikun perniagaan tekstil didakwa subahat cederakan abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pavitar (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh Iqbal Rosli/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang taikun perniagaan tekstil didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat menyebabkan kecederaan parah terhadap abang iparnya yang juga bekas hakim bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh Pavitar Singh Manjeet Singh, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja bersubahat bersama dua lelaki menyebabkan cedera parah ke atas Datuk Jagjit Singh Bant Singh, 67, dengan menggunakan pemutar skru di sebuah pejabat di Solaris Dutamas, Publika, di sini pada 12.50 tengahari, 19 Oktober lalu.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 326 KK yang membawa kepada hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub, mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap usahawan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam bela Pavitar, Jeremy Vinesh Anthony, memohon jaminan minimum atas alasan menjadi penanggung utama kepada isteri dan seorang anak.

“Anak guam juga adalah Pengerusi Gurdwara Sahib Titiwangsa dan mempunyai hubungan rapat dengan komuniti, selain tiada risiko untuk melarikan diri. Tertuduh memberi kerjasama selama empat hari ditahan dan ini kali pertama dia didakwa di mahkamah,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Siti Aminah membenarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI