fbpx

Selain Wahab, beg LV, gajus pun ‘sohor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kacang gajus dan beg LV yang terdapat dalam video tular.

PETALING JAYA – Selain nama Wahab menjadi sebutan di media sosial, beg tangan mewah jenama Louis Vuitton (LV) dan kacang gajus juga ‘trending’ di aplikasi X hari ini.

Tinjauan Kosmo! di platform tersebut mendapati tanda pagar #begLV #gajuswahab turut mendapat lebih 5,000 ciapan selepas tular satu klip video yang menampakkan dua barangan tersebut berada di sebelah individu yang dikatakan menyerupai wajah seorang VIP berpangkat Datuk.

Individu kenamaan tersebut bersama lelaki misteri bernama Wahab itu kini sedang hangat diperkatakan netizen apabila mereka didakwa mempunyai hubungan ‘istimewa’.

Ia susulan tular rakaman panggilan video memaparkan dua individu terbabit yang sedang sohor ketika ini.

Menjengah ke ruangan ciapan pengguna aplikasi X, pelbagai dakwaan dan cerita dikongsikan mereka berhubung kejadian tular itu.

“So dia cuba goda brader (Wahab) itu dengan tunjuk beg LV kah?,” soal @Pedoq.

“Untunglah Wahab, kalau bagi dapat beg LV,” perli @Alan.

“Beg LV Wahab dah sampai kah? Harap ada video ‘unboxing’,” seloroh @secebisa.

“Maka tamatlah sudah kisah anak ikan dibela dengan pizza, ipad dan SGD90. Kini beralih pula ke, beg LV, gajus dan Wahab?,” ciap @iamfalliq. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI