fbpx

Pekerja wanita terjun tingkap rumah urut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu terjun untuk melarikan diri daripada polis. - Facebook

HONG KONG – Tiga wanita memanjat keluar tingkap dari tingkat satu sebuah rumah urut di Hong Kong untuk melarikan diri ketika premis itu diserbu polis, lapor portal berita South China Morning Post. 

Ketiga-tiga pekerja seks itu memanjat kanopi sebuah restoran di tingkat bawah ketika pegawai dari skuad tugas khas menyerbu bangunan di North Point Mansion pukul 2 petang (waktu tempatan).

Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang daripada mereka terjun  ke kaki lima selepas memanjat sebuah pendingin hawa di luar blok rumah pangsa itu.

Bagaimanapun, dua lagi rakannya dilihat memanjat masuk semula melalui tingkap selepas melihat wanita itu jatuh.

Sumber berkata, ketiga-tiga mereka adalah antara tujuh wanita yang ditahan polis semasa serbuan itu.

Enam daripada yang ditahan, berumur dari 20 hingga 39 tahun, adalah pelawat dari tanah besar China dan ditahan kerana disyaki melanggar syarat penginapan mereka.

Wanita ketujuh iaitu seorang penduduk Hong Kong berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki menguruskan organisasi maksiat.

Sumber itu berkata, wanita berusia 36 tahun yang terjun  itu tidak mengalami kecederaan luaran dan tidak meminta rawatan di hospital.

Kesemua mereka yang ditahan masih ditahan untuk disoal siasat pada malam Selasa lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI